Mari berlakon

Pelajar berpakaian kostum untuk berlakon dan bercerita kisah haiwan.

Bercerita sambil menggunakan puppet tangan

Adik Iman dan Damia sedang bercerita kisah kambing biri-biri dan singa yang ganas.

Lawatan sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Tempat yang dikunjungi adalah Zoo Melaka dan Bandar Hilir Melaka. Tujuan lawatan ini adalah memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kehidupan flora dan fauna serta tempat bersejarah di Melaka.

Sukaneka Tadika Ilham Sarjana

Sukaneka telah diadakan pada 23 Jun 2012. Sebanyak 14 acara telah dilaksanakan seperti pertandingan mewarna, boling padang dan menganyam ketupat. Sukaneka ini bukan hanya untuk pelajar sahaja tetapi terbuka juga kepada ibu-bapa.

Perjumpaan ibu bapa dan guru

Perjumpaan ini bertujuan untuk membincang prestasi anak-anak pada semester 1 persekolahan.

Sambutan Hari Lahir

Kemeriahan sambutan hari lahir bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di Tadika Ilham Sarjana

Pertandingan Taekwondo

Tahniah kepada adik Atiqah berjaya mendapat pingat perak dan gangsa dalam acara Front Kick dan Turning Kick.

Aktiviti berkuda

Sedang menunggang kuda di Zoo Melaka

Wednesday 30 May 2012

Selamat Hari Jadi Sofia

Selamat hari lahir ke 5 tahun untuk adik Sofia. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, membesar menjadi orang yang beriman, taat kepada ibubapa dan berguna pada masyarakat. Semoga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi langkahmu.








Monday 28 May 2012

Video Pertandingan Mewarna


Pertandingan Mewarna McDonald's - Tadika Ilham Sarjana

Pertandingan mewarna UTHM

Video Taekwondo

Pertandingan di Tangkak

Saturday 26 May 2012

Pertandingan mewarna UTHM

Tadika Ilham Sarjana telah dijemput untuk menyertai pertandingan mewarna Jom Sihat KKTU, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 26 Mei 2012. Majlis ini di anjurkan oleh Jawatankuasa KKTU. Tahniah kepada adik Atiqah dan Afiqah kerana muncul johan dan tempat kedua pertandingan mewarna.

Friday 25 May 2012

Penyampaian Hadiah Sem 1, 2012

Majlis penyampaian hadiah semester 1 Tadika Ilham Sarjana telah diadakan pada 25.05.2012. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang telah belajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Antara anugerah yang disediakan adalah anugerah cemerlang, akademik cemerlang, prestasi meningkat, pertandingan mewarna dan pakaian beragam. Terima kasih kepada ibu bapa kerana turut serta memeriahkan lagi majlis. Semoga anugerah ini akan membakar semangat pelajar untuk terus berusaha dengan lebih gigih pada semester akan datang.

Majlis perjumpaan ibu bapa dan guru

Majlis ini telah diadakan pada 25 Mei. Perjumpaan ini bertujuan untuk membincang prestasi anak-anak pada semester 1 persekolahan.


 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday 23 May 2012

Video Aktiviti Tadika

Majlis perjumpaan ibu bapa dan guru

Penyampaian hadiah Sem 1

Aktiviti Tadika Ilham Sarjana

Kronologi pembangunan prasarana Tadika Ilham Sarjana

Wednesday 16 May 2012

Video Hari Guru

Sambutan Hari Guru

Latihan persembahan hari guru

Video Hari Lahir

Sambutan hari lahir di Tadika Ilham Sarjana. Selamat hari lahir untuk adik-adik semua. Majlis ini turut dihadiri oleh para ibu bapa pelajar. Saksikanlah kemeriahan majlis sambutan hari lahir di Tadika Ilham Sarjana.

Selamat hari lahir untuk adik Ainur, Akif, Fatin, dan Irsyad

Hari lahir Iman Naufal, Fatin, Damia dan Auni

Sambutan Hari Guru di Tadika Ilham Sarjana


Sambutan hari guru peringkat Tadika Ilham Sarjana telah diadakan pada 16 Mei 2012. Tujuan diadakan sambutan ini adalah sebagai penghargaan kepada para guru-guru yang telah mendidik pelajar menjadi insan berguna. Antara aktiviti yang dijalankan sempena hari guru adalah persembahan oleh pelajar, pertandingan mewarna, pertandingan pakaian beragam, musical chair dan hadiah untuk guru tersayang. Terima kasih kepada guru, ibu-bapa, pelajar UTHM dan murid-murid kerana sudi memeriahkan sambutan hari guru.


* Pelajar sedang berlatih menyanyikan lagu Twinkle, Twinkle Little Star sempena persembahan semasa hari guru.



* Video perjalanan hari guru peringkat Tadika Ilham Sarjana

Friday 11 May 2012

Selamat Hari Lahir Ainur dan Akif

Selamat hari lahir untuk adik Ainur dan Akif. Semoga dipanjangkan umur dengan kesihatan yang baik dan berterusan......