Mari berlakon

Pelajar berpakaian kostum untuk berlakon dan bercerita kisah haiwan.

Showing posts with label Tadika Ilham Sarjana. Show all posts
Showing posts with label Tadika Ilham Sarjana. Show all posts

Thursday, 28 June 2012

Persembahan pelajar sempena Sukaneka

Para pelajar telah mempersembahkan dua persembahan iaitu Hokey Cokey Dance dan tarian Anak Katak sempena Sukaneka  Tadika Ilham Sarjana. Persembahan ini dilaksanakan selepas sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang acara sukaneka. Walaupun masa yang diberikan untuk berlatih adalah singkat iaitu sehari, namun para pelajar telah menunjukkan hasil yang memuaskan. Syabas anak-anak. Terima kasih kepada cikgu yang mengajar tarian iaitu Cikgu Syafiqa. ...

Tuesday, 19 June 2012

Sukaneka Tadika Ilham Sarjana

Sukaneka Tadika Ilham Sarjana akan diadakan pada 23 Jun 2012 (Sabtu). Sukaneka ini akan bermula pada jam 8.30 hingga 11.30 pagi dan bertempat di No. 1, Jalan Universiti 13 (Tadika Ilham Sarjana). Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah permainan belon air, boling padang, mewarna, menganyam ketupat, cabutan bertuah dan banyak lagi… Datanglah beramai-ramai memeriahkan...

Monday, 18 June 2012

Pertandingan Taekwondo Tertutup 2012: Pasir Gudang

Pertandingan 2nd Circuit Speed Power Taekwondo (WTF) & Start Kick Demolish Taekwondo (WTF) Closed Championship 2012 telah diadakan pada 17 Jun 2012 di Dewan Cendana, Pasir Gudang, Johor. Tahniah kepada adik Atiqah berjaya mendapat pingat perak dalam acara Front Kick dan Turning Kick, manakala adik Aqilah berjaya mendapat perak dalam acara sparring dan gangsa di dalam...

Sunday, 10 June 2012

Pertandingan mewarna Maybank

Pertandingan mewarna Maybank School Holiday Fun Tour di Jusco Bukit Indah telah diadakan pada 10 Jun 2012. Tahniah kepada adik Atiqah kerana berjaya mendapat hadiah saguhati. ...

Saturday, 26 May 2012

Pertandingan mewarna UTHM

Tadika Ilham Sarjana telah dijemput untuk menyertai pertandingan mewarna Jom Sihat KKTU, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 26 Mei 2012. Majlis ini di anjurkan oleh Jawatankuasa KKTU. Tahniah kepada adik Atiqah dan Afiqah kerana muncul johan dan tempat kedua pertandingan mewarna....