Friday 25 May 2012

Penyampaian Hadiah Sem 1, 2012

Majlis penyampaian hadiah semester 1 Tadika Ilham Sarjana telah diadakan pada 25.05.2012. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang telah belajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Antara anugerah yang disediakan adalah anugerah cemerlang, akademik cemerlang, prestasi meningkat, pertandingan mewarna dan pakaian beragam. Terima kasih kepada ibu bapa kerana turut serta memeriahkan lagi majlis. Semoga anugerah ini akan membakar semangat pelajar untuk terus berusaha dengan lebih gigih pada semester akan datang.