Mari berlakon

Pelajar berpakaian kostum untuk berlakon dan bercerita kisah haiwan.

Bercerita sambil menggunakan puppet tangan

Adik Iman dan Damia sedang bercerita kisah kambing biri-biri dan singa yang ganas.

Lawatan sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Tempat yang dikunjungi adalah Zoo Melaka dan Bandar Hilir Melaka. Tujuan lawatan ini adalah memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kehidupan flora dan fauna serta tempat bersejarah di Melaka.

Sukaneka Tadika Ilham Sarjana

Sukaneka telah diadakan pada 23 Jun 2012. Sebanyak 14 acara telah dilaksanakan seperti pertandingan mewarna, boling padang dan menganyam ketupat. Sukaneka ini bukan hanya untuk pelajar sahaja tetapi terbuka juga kepada ibu-bapa.

Perjumpaan ibu bapa dan guru

Perjumpaan ini bertujuan untuk membincang prestasi anak-anak pada semester 1 persekolahan.

Sambutan Hari Lahir

Kemeriahan sambutan hari lahir bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di Tadika Ilham Sarjana

Pertandingan Taekwondo

Tahniah kepada adik Atiqah berjaya mendapat pingat perak dan gangsa dalam acara Front Kick dan Turning Kick.

Aktiviti berkuda

Sedang menunggang kuda di Zoo Melaka

Showing posts with label Zoo Melaka. Show all posts
Showing posts with label Zoo Melaka. Show all posts

Saturday 25 August 2012

Galeri Gambar

Anda boleh melihat kompilasi gambar aktiviti Tadika Ilham Sarjana pada ruangan ini.

Lawatan ke Zoo Melaka
 
Bermain di taman
 

Aktiviti di TIS

Melukis mural

Lain-lain

Friday 29 June 2012

Lawatan ke Zoo Melaka

Lawatan pelajar Tadika Ilham Sarjana ke Melaka Bandaraya bersejarah bermula dengan melawat Zoo Melaka. Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi.Zoo Melaka telah berkembang maju sehingga menjadi zoo kedua terbesar di negara ini. Di sini, para pelajar mempelajari berkenaan dengan haiwan seperti gajah, kuda, badak dan zirafah. Selain melihat haiwan yang terdapat di Zoo, para pelajar turut melihat persembahan haiwan, persembahan gajah serta menunggang kuda. Lihatlah gelagat pelajar di Zoo Melaka.


Bergambar kenangan di Zoo Melaka
Sedang bersiap untuk bertolak ke Melaka
Bergambar di depan van
Kusyuknya melihat kongkang
Sedang melihat persembahan burung
Bercakap dengan kuda
Melihat persembahan burung
Bergambar bersama peminat
Menunggu giliran menunggang kuda
Melihat tapir
Bergambar berlatar belakang zirafah
Menyaksikan pertunjukan gajah
Memberi gajah makan tebu
Melihat ular sawa burmese
Melihat anaconda hijau
Bergambar bersama gajah