Pengenalan

Logo Tadika Ilham Sarjana
Tadika Ilham Sarjana telah ditubuhkan pada awal bulan Januari 2012. Tadika ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Swasta (BPS), Kementerian Pelajaran Malaysia. Nombor pendaftaran tadika ini adalah SRJ 3564. Penubuhan tadika ini adalah bertujuan untuk memperkasakan lagi pendidikan di kalangan masyarakat luar bandar. Penubuhan tadika ini diharapkan mampu membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya bermula dari peringkat prasekolah lagi. Penubuhan tadika ini juga diharapkan dapat membantu melahirkan lebih ramai lagi kanak-kanak luar bandar yang celik huruf dan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira seawal usia 4 tahun. Kesemua guru yang mengajar adalah terlatih dan mempunyai permit mengajar keluaran BPS.

Lokasi

Tadika Ilham Sarjana terletak di Taman Universiti Parit Raja, Johor. Tadika ini terletak di lokasi strategik iaitu berhampiran dengan Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Jururawat Masyarakat, dan Pekan Parit Raja.