Mari berlakon

Pelajar berpakaian kostum untuk berlakon dan bercerita kisah haiwan.

Bercerita sambil menggunakan puppet tangan

Adik Iman dan Damia sedang bercerita kisah kambing biri-biri dan singa yang ganas.

Lawatan sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Tempat yang dikunjungi adalah Zoo Melaka dan Bandar Hilir Melaka. Tujuan lawatan ini adalah memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kehidupan flora dan fauna serta tempat bersejarah di Melaka.

Sukaneka Tadika Ilham Sarjana

Sukaneka telah diadakan pada 23 Jun 2012. Sebanyak 14 acara telah dilaksanakan seperti pertandingan mewarna, boling padang dan menganyam ketupat. Sukaneka ini bukan hanya untuk pelajar sahaja tetapi terbuka juga kepada ibu-bapa.

Perjumpaan ibu bapa dan guru

Perjumpaan ini bertujuan untuk membincang prestasi anak-anak pada semester 1 persekolahan.

Sambutan Hari Lahir

Kemeriahan sambutan hari lahir bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di Tadika Ilham Sarjana

Pertandingan Taekwondo

Tahniah kepada adik Atiqah berjaya mendapat pingat perak dan gangsa dalam acara Front Kick dan Turning Kick.

Aktiviti berkuda

Sedang menunggang kuda di Zoo Melaka

Showing posts with label Tadika Ilham Sarjana. Show all posts
Showing posts with label Tadika Ilham Sarjana. Show all posts

Thursday 28 June 2012

Persembahan pelajar sempena Sukaneka

Para pelajar telah mempersembahkan dua persembahan iaitu Hokey Cokey Dance dan tarian Anak Katak sempena Sukaneka  Tadika Ilham Sarjana. Persembahan ini dilaksanakan selepas sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang acara sukaneka. Walaupun masa yang diberikan untuk berlatih adalah singkat iaitu sehari, namun para pelajar telah menunjukkan hasil yang memuaskan. Syabas anak-anak. Terima kasih kepada cikgu yang mengajar tarian iaitu Cikgu Syafiqa.



Tuesday 19 June 2012

Sukaneka Tadika Ilham Sarjana


Sukaneka Tadika Ilham Sarjana akan diadakan pada 23 Jun 2012 (Sabtu). Sukaneka ini akan bermula pada jam 8.30 hingga 11.30 pagi dan bertempat di No. 1, Jalan Universiti 13 (Tadika Ilham Sarjana). Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah permainan belon air, boling padang, mewarna, menganyam ketupat, cabutan bertuah dan banyak lagi… Datanglah beramai-ramai memeriahkan sukaneka Tadika Ilham Sarjana.

Monday 18 June 2012

Pertandingan Taekwondo Tertutup 2012: Pasir Gudang

Pertandingan 2nd Circuit Speed Power Taekwondo (WTF) & Start Kick Demolish Taekwondo (WTF) Closed Championship 2012 telah diadakan pada 17 Jun 2012 di Dewan Cendana, Pasir Gudang, Johor. Tahniah kepada adik Atiqah berjaya mendapat pingat perak dalam acara Front Kick dan Turning Kick, manakala adik Aqilah berjaya mendapat perak dalam acara sparring dan gangsa di dalam acara Poomsae.


Sunday 10 June 2012

Pertandingan mewarna Maybank

Pertandingan mewarna Maybank School Holiday Fun Tour di Jusco Bukit Indah telah diadakan pada 10 Jun 2012. Tahniah kepada adik Atiqah kerana berjaya mendapat hadiah saguhati.




Saturday 26 May 2012

Pertandingan mewarna UTHM

Tadika Ilham Sarjana telah dijemput untuk menyertai pertandingan mewarna Jom Sihat KKTU, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 26 Mei 2012. Majlis ini di anjurkan oleh Jawatankuasa KKTU. Tahniah kepada adik Atiqah dan Afiqah kerana muncul johan dan tempat kedua pertandingan mewarna.