Pihak TIS telah menyediakan permainan baru untuk para pelajar. Menerusi permainan ini kanak-kanak boleh belajar sambil bermain. Dengan konsep permainan dalam pembelajaran akan menarik minat kanak-kanak untuk belajar disamping mereka dapat merasai keseronokan pembelajaran di luar kelas. Permainan tersebut adalah seperti berikut:
Landasan 88
Permainan ini dapat melatih koordinasi kecerdasan otak dan kecekapan tangan. Selain itu, melatih minda supaya sentiasa cerdas, aktif dan juga pantas bertindak. Secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri, cekap, tepat dan betul.
|
Cara-cara bermain landasan 88 |
Kunci Misteri
Innovative Block Set
Para pelajar dapat mempelajari bentuk geometri, blok bewarna dan meningkatkan kecekapan tangan. Melatih pelajar berfikir untuk mengeluarkan blok daripada tapaknya.
Fish Maze
Alatan Muzik
|
Maracas telur, castenet, tamborin, maracas kayu, triangle, wooden ring bell |
Fun With Paper Folding Origami
Mengandungi pelbagai aktiviti origami. Sesuai untuk melatih pelajar agar lebih kreatif dan menerapkan kemahiran berfikir secara kritikal.
Kad Imbas: Doa-doa harian
Mengandungi 32 keping kad imbas. Bahagian hadapan kad terdapat ilustrasi yang menarik. Pada bahagian belakang kad terdapat doa-doa harian. Diharapkan kad imbas ini dapat dijadikan panduan asas dalam mendidik pelajar ke arah melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.