Mari berlakon

Pelajar berpakaian kostum untuk berlakon dan bercerita kisah haiwan.

Bercerita sambil menggunakan puppet tangan

Adik Iman dan Damia sedang bercerita kisah kambing biri-biri dan singa yang ganas.

Lawatan sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Tempat yang dikunjungi adalah Zoo Melaka dan Bandar Hilir Melaka. Tujuan lawatan ini adalah memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kehidupan flora dan fauna serta tempat bersejarah di Melaka.

Sukaneka Tadika Ilham Sarjana

Sukaneka telah diadakan pada 23 Jun 2012. Sebanyak 14 acara telah dilaksanakan seperti pertandingan mewarna, boling padang dan menganyam ketupat. Sukaneka ini bukan hanya untuk pelajar sahaja tetapi terbuka juga kepada ibu-bapa.

Perjumpaan ibu bapa dan guru

Perjumpaan ini bertujuan untuk membincang prestasi anak-anak pada semester 1 persekolahan.

Sambutan Hari Lahir

Kemeriahan sambutan hari lahir bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di Tadika Ilham Sarjana

Pertandingan Taekwondo

Tahniah kepada adik Atiqah berjaya mendapat pingat perak dan gangsa dalam acara Front Kick dan Turning Kick.

Aktiviti berkuda

Sedang menunggang kuda di Zoo Melaka

Sunday, 30 September 2012

Pendaftaran Sesi 2013

Dengan sukacitanya, Tadika Ilham Sarjana (TIS) telah mula membuka pendaftaran bagi sesi 2013 untuk anak-anak anda yang berumur antara 3 hingga 6 tahun. Bagi yang berminat atau sebarang pertanyaan sila hadir ke TIS atau hubungi kami di nombor 017-7957068/019-7977319. Maklumat lanjut berkaitan TIS sila layari http://www.facebook.com/tadikailhamsarjana atau http://tadikailhamsarjana.blogspot.com. Tempat adalah terhad.


Saturday, 15 September 2012

Penyampaian Hadiah - Hari Merdeka dan Hari Kanak-kanak

Pelbagai aktiviti telah disediakan sempena sambutan Hari Merdeka. Antaranya ialah pertandingan mewarna, jigsaw puzzle, pertandingan pakaian beragam dan lain-lain. Saksikanlah upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, 7 September 2012

Pertandingan Jigsaw Puzzle - Hari Kanak-kanak

Pertandingan Jigsaw Puzzle telah diadakan sempena sambutan hari kanak-kanak. Kebaikan penggunaan jigsaw puzzle adalah seperti berikut:

1. Mengaktif, meransang otak, embentuk skil pemikiran secara logik serta mengenal objek, dan warna.
2. Melatih koordinasi mata dan tangan dan meransang motor halus pelajar kerana mereka akan berusaha untuk memadankan kepingan puzzle ke tempat yg betul serta menggunakan kekuatan jari mereka untuk mengambil kepingan kecil puzzle.
3. Melatih pemikiran logik
4. Melatih kesabaran dan ketabahan pelajar ketika menyelesaikan puzzle
5. Meningkat pengetahuan tentangg bentuk dan ruang dengan meneliti kepingan dan bentuk puzzle.