Mari berlakon

Pelajar berpakaian kostum untuk berlakon dan bercerita kisah haiwan.

Bercerita sambil menggunakan puppet tangan

Adik Iman dan Damia sedang bercerita kisah kambing biri-biri dan singa yang ganas.

Lawatan sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Tempat yang dikunjungi adalah Zoo Melaka dan Bandar Hilir Melaka. Tujuan lawatan ini adalah memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kehidupan flora dan fauna serta tempat bersejarah di Melaka.

Sukaneka Tadika Ilham Sarjana

Sukaneka telah diadakan pada 23 Jun 2012. Sebanyak 14 acara telah dilaksanakan seperti pertandingan mewarna, boling padang dan menganyam ketupat. Sukaneka ini bukan hanya untuk pelajar sahaja tetapi terbuka juga kepada ibu-bapa.

Perjumpaan ibu bapa dan guru

Perjumpaan ini bertujuan untuk membincang prestasi anak-anak pada semester 1 persekolahan.

Sambutan Hari Lahir

Kemeriahan sambutan hari lahir bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di Tadika Ilham Sarjana

Pertandingan Taekwondo

Tahniah kepada adik Atiqah berjaya mendapat pingat perak dan gangsa dalam acara Front Kick dan Turning Kick.

Aktiviti berkuda

Sedang menunggang kuda di Zoo Melaka

Saturday, 28 July 2012

Hong Leong Bank Sand Art & Coloring Contest 2012

Hong Leong Bank Sand Art & Coloring Contest telah diadakan pada 28 Julai 2012. Pihak TIS ingin menyucapkan tahniah kepada adik Afiqah Nur Atiqah kerana berjaya mendapat tempat pertama di dalam acara Sand Art Contest. Hadiah yang dimenangi berupa piala dan basikal.

Penyampaian hadiah Sand Art Contest bersama basikal yang dimenangi
Bersama lukisan Sand Art
Sedang menyiapkan lukisan

Saturday, 21 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Pihak TIS ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua para pelajar serta ibu bapa. Semoga bulan ini membawa barakah kepada kita semua.


Niat puasa oleh Upin dan Ipin

Ganjaran berpuasa Ramadhan

Saturday, 30 June 2012

Pertandingan Mewarna McDonald's

Pertandingan mewarna McDonald's UTM Skudai Johor Bahru telah diadakan pada 30 Jun 2012. Tahniah diucapkan kepada adik Aqilah kerana berjaya menjadi johan manakala adik Atiqah berjaya mendapat hadiah saguhati.



Sedang menanti kertas lukisan

Friday, 29 June 2012

Lawatan ke Bandar Hilir, Melaka

Sekiranya pergi ke Melaka, tidak sah kiranya tidak ke Bandar Hilir yang merupakan sebuah kawasan pelancongan di Melaka. Setelah melawat ke Zoo Melaka dan makan tengahari, rombongan Tadika terus ke Bandar Hilir. Kawasan ini terletak di dalam daerah Melaka Tengah bersebelahan dengan Banda Kaba dan Melaka Raya. Di antara tempat-tempat menarik ialah: A Famosa, Istana Kesultanan Melaka, Dataran Pahlawan, Bangunan Stadthuys, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dan Menara Taming Sari. Selain melawat tempat menarik, rombongan Tadika turut berkesempatan menaiki beca. Sebanyak lima buah beca telah disewa untuk membawa pelajar, ibu bapa dan cikgu.


 
 
 
 
 
 
 

Mari bermain di Dataran Sejarah, Melaka

Lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah telah berehat sebentar di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka untuk makan tengah hari. Kami makan di wakaf dan disebelah wakaf merupakan taman permainan kanak-kanak. Setelah makan, para pelajar dibenarkan untuk bermain di taman permainan kanak-kanak. Saksikanlah gelagat mereka.

Seronoknya bermain
Sedang menanti makanan. Berbincang ingin main permainan apa selepas ini.

Bersungguh-sungguh memanjat
Keluar dari terowong
Makanan sedang disediakan
Senyum
Makanan sedang disediakan