Mari berlakon

Pelajar berpakaian kostum untuk berlakon dan bercerita kisah haiwan.

Bercerita sambil menggunakan puppet tangan

Adik Iman dan Damia sedang bercerita kisah kambing biri-biri dan singa yang ganas.

Lawatan sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Tempat yang dikunjungi adalah Zoo Melaka dan Bandar Hilir Melaka. Tujuan lawatan ini adalah memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kehidupan flora dan fauna serta tempat bersejarah di Melaka.

Sukaneka Tadika Ilham Sarjana

Sukaneka telah diadakan pada 23 Jun 2012. Sebanyak 14 acara telah dilaksanakan seperti pertandingan mewarna, boling padang dan menganyam ketupat. Sukaneka ini bukan hanya untuk pelajar sahaja tetapi terbuka juga kepada ibu-bapa.

Perjumpaan ibu bapa dan guru

Perjumpaan ini bertujuan untuk membincang prestasi anak-anak pada semester 1 persekolahan.

Sambutan Hari Lahir

Kemeriahan sambutan hari lahir bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di Tadika Ilham Sarjana

Pertandingan Taekwondo

Tahniah kepada adik Atiqah berjaya mendapat pingat perak dan gangsa dalam acara Front Kick dan Turning Kick.

Aktiviti berkuda

Sedang menunggang kuda di Zoo Melaka

Friday, 7 September 2012

Jamuan Hari Raya

Pihak TIS telah mengadakan jamuan hari raya pada 7/9/2012. Selain pelajar, para ibubapa turut bersama-sama menjayakan jamuan hari raya. Saksikanlah kemeriahan sambutan hari raya TIS.

Friday, 31 August 2012

Mari belajar masa

Penggunaan masa perlu digunakan sebaik mungkin. Apabila masa telah berlalu, maka ianya tidak boleh berulang semula dan telah menjadi sejarah. Oleh itu, pelajar perlulah mempelajari menggunakan masa dengan menggunakan jam. Cikgu Gee menunjukkan cara menggunakan jam.


Thursday, 30 August 2012

Mari bermain puppet tangan

Puppet tangan merupakan alatan pembelajaran terkini di TIS. Para pelajar boleh menunjukkan bakat bercerita dengan menggunakan puppet tangan. Ini boleh meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi dan manupulatif para pelajar.


Baju kostum yang comel

Saksikanlah gaya pelajar TIS yang bergambar menggunakan baju kostum. Baju kostum ini akan digunakan oleh para pelajar membuat persembahan pada suatu hari nanti.