Mari berlakon

Pelajar berpakaian kostum untuk berlakon dan bercerita kisah haiwan.

Bercerita sambil menggunakan puppet tangan

Adik Iman dan Damia sedang bercerita kisah kambing biri-biri dan singa yang ganas.

Lawatan sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Tempat yang dikunjungi adalah Zoo Melaka dan Bandar Hilir Melaka. Tujuan lawatan ini adalah memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kehidupan flora dan fauna serta tempat bersejarah di Melaka.

Sukaneka Tadika Ilham Sarjana

Sukaneka telah diadakan pada 23 Jun 2012. Sebanyak 14 acara telah dilaksanakan seperti pertandingan mewarna, boling padang dan menganyam ketupat. Sukaneka ini bukan hanya untuk pelajar sahaja tetapi terbuka juga kepada ibu-bapa.

Perjumpaan ibu bapa dan guru

Perjumpaan ini bertujuan untuk membincang prestasi anak-anak pada semester 1 persekolahan.

Sambutan Hari Lahir

Kemeriahan sambutan hari lahir bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di Tadika Ilham Sarjana

Pertandingan Taekwondo

Tahniah kepada adik Atiqah berjaya mendapat pingat perak dan gangsa dalam acara Front Kick dan Turning Kick.

Aktiviti berkuda

Sedang menunggang kuda di Zoo Melaka

Showing posts with label pertandingan mewarna. Show all posts
Showing posts with label pertandingan mewarna. Show all posts

Saturday 23 June 2012

Aktiviti Sukaneka Tadika Ilham Sarjana

Sukaneka Tadika Ilham Sarjana telah berlangsung pada 23 Jun 2012. Terdapat pelbagai aktiviti telah disediakan khusus untuk warga Tadika Ilham Sarjana. Aktiviti ini melibatkan semua golongan iaitu untuk ibu bapa, pelajar serta keluarga.

Aktiviti untuk ibu bapa adalah:
1. Boling padang
2. Menganyam ketupat
3. Piring terbang
4. Masukkan benang dalam jarum

Aktiviti pelajar adalah:
1. Pertandingan mewarna (Tiga kategori)
2. Musical chair
3. Bawa bola ping-pong
4. Masukkan air dalam botol guna span
5. Bolong padang
6. Bawa pundi kacang

Aktiviti untuk keluarga
1. Belon air
2. Bawa bola pingpong dan masukkan air dalam botol

Diharapkan agar aktiviti ini dapat merapatkan lagi perhubungan antara warga Tadika Ilham Sarjana. Saksikanlah kemeriahan aktiviti sukaneka yang telah di laksanakan...

Pertandingan bawa pundi kacang, bawa bola ping-pong, bowling padang, isi air dalam botol

Pertandingan keluarga

Musical chair

Musical chair
Pendaftaran pelajar
Bawa pundi kacang
Isi air dalam botol
Taklimat permainan
Aktiviti keluarga - belon air
Sedang berlatih menganyam ketupat
Menganyam ketupat

Kusyuknya menanyam ketupat
Boling padang
Piring terbang
Piring terbang
Masukkan benang dalam jarum
Memberi sokongan kepada anak-anak
Sedapnya makan...
Kusyuknya membaca
Sedang berehat sambil membaca buletin Ilham Sarjana

Tuesday 19 June 2012

Sukaneka Tadika Ilham Sarjana


Sukaneka Tadika Ilham Sarjana akan diadakan pada 23 Jun 2012 (Sabtu). Sukaneka ini akan bermula pada jam 8.30 hingga 11.30 pagi dan bertempat di No. 1, Jalan Universiti 13 (Tadika Ilham Sarjana). Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah permainan belon air, boling padang, mewarna, menganyam ketupat, cabutan bertuah dan banyak lagi… Datanglah beramai-ramai memeriahkan sukaneka Tadika Ilham Sarjana.

Monday 18 June 2012

Pertandingan Taekwondo Tertutup 2012: Pasir Gudang

Pertandingan 2nd Circuit Speed Power Taekwondo (WTF) & Start Kick Demolish Taekwondo (WTF) Closed Championship 2012 telah diadakan pada 17 Jun 2012 di Dewan Cendana, Pasir Gudang, Johor. Tahniah kepada adik Atiqah berjaya mendapat pingat perak dalam acara Front Kick dan Turning Kick, manakala adik Aqilah berjaya mendapat perak dalam acara sparring dan gangsa di dalam acara Poomsae.


Sunday 10 June 2012

Pertandingan mewarna Maybank

Pertandingan mewarna Maybank School Holiday Fun Tour di Jusco Bukit Indah telah diadakan pada 10 Jun 2012. Tahniah kepada adik Atiqah kerana berjaya mendapat hadiah saguhati.




Wednesday 6 June 2012

Sambutan Hari Ibu


“dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; kerana ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman : 14)

Poskad untuk ibu yang disayangi

Monday 28 May 2012

Video Pertandingan Mewarna


Pertandingan Mewarna McDonald's - Tadika Ilham Sarjana

Pertandingan mewarna UTHM

Saturday 26 May 2012

Pertandingan mewarna UTHM

Tadika Ilham Sarjana telah dijemput untuk menyertai pertandingan mewarna Jom Sihat KKTU, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 26 Mei 2012. Majlis ini di anjurkan oleh Jawatankuasa KKTU. Tahniah kepada adik Atiqah dan Afiqah kerana muncul johan dan tempat kedua pertandingan mewarna.

Wednesday 16 May 2012

Sambutan Hari Guru di Tadika Ilham Sarjana


Sambutan hari guru peringkat Tadika Ilham Sarjana telah diadakan pada 16 Mei 2012. Tujuan diadakan sambutan ini adalah sebagai penghargaan kepada para guru-guru yang telah mendidik pelajar menjadi insan berguna. Antara aktiviti yang dijalankan sempena hari guru adalah persembahan oleh pelajar, pertandingan mewarna, pertandingan pakaian beragam, musical chair dan hadiah untuk guru tersayang. Terima kasih kepada guru, ibu-bapa, pelajar UTHM dan murid-murid kerana sudi memeriahkan sambutan hari guru.


* Pelajar sedang berlatih menyanyikan lagu Twinkle, Twinkle Little Star sempena persembahan semasa hari guru.



* Video perjalanan hari guru peringkat Tadika Ilham Sarjana