Tempat yang dikunjungi adalah Zoo Melaka dan Bandar Hilir Melaka. Tujuan lawatan ini adalah memberi pendedahan awal
kepada pelajar mengenai kehidupan flora dan fauna serta tempat bersejarah di Melaka.
Sukaneka telah diadakan pada 23 Jun 2012. Sebanyak 14 acara telah dilaksanakan seperti pertandingan mewarna, boling padang dan menganyam ketupat. Sukaneka ini bukan hanya untuk pelajar sahaja tetapi terbuka juga kepada ibu-bapa.
Selamat hari lahir yang ketiga tahun untuk adik Irsyad. Seronoknya dapat kek berbentuk bola sepak ;). Ucapan dari kami...
"Dikaulah penyeri kehidupan ibu & ayah, semoga Allah senantiasa melindungi kamu, semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat".
Para pelajar telah mempersembahkan dua persembahan iaitu Hokey Cokey Dance dan tarian Anak Katak sempena Sukaneka Tadika Ilham Sarjana. Persembahan ini dilaksanakan selepas sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang acara sukaneka. Walaupun masa yang diberikan untuk berlatih adalah singkat iaitu sehari, namun para pelajar telah menunjukkan hasil yang memuaskan. Syabas anak-anak. Terima kasih kepada cikgu yang mengajar tarian iaitu Cikgu Syafiqa.
Pertandingan mewarna merupakan salah satu aktiviti semasa sukaneka Tadika Ilham Sarjana. Terdapat tiga kategori telah dipertandingkan iaitu:
1. Kategori A - 3 hingga 6 tahun
2. Kategori B - 3 hingga 6 tahun (umum)
3. Kategori C- 7 tahun ke atas
Sukaneka Tadika Ilham Sarjana telah berlangsung pada 23 Jun 2012. Terdapat pelbagai aktiviti telah disediakan khusus untuk warga Tadika Ilham Sarjana. Aktiviti ini melibatkan semua golongan iaitu untuk ibu bapa, pelajar serta keluarga.
Aktiviti untuk ibu bapa adalah:
1. Boling padang
2. Menganyam ketupat
3. Piring terbang
4. Masukkan benang dalam jarum
Aktiviti pelajar adalah:
1. Pertandingan mewarna (Tiga kategori)
2. Musical chair
3. Bawa bola ping-pong
4. Masukkan air dalam botol guna span
5. Bolong padang
6. Bawa pundi kacang
Aktiviti untuk keluarga
1. Belon air
2. Bawa bola pingpong dan masukkan air dalam botol
Diharapkan agar aktiviti ini dapat merapatkan lagi perhubungan antara warga Tadika Ilham Sarjana. Saksikanlah kemeriahan aktiviti sukaneka yang telah di laksanakan...
Pertandingan bawa pundi kacang, bawa bola ping-pong, bowling padang, isi air dalam botol
Pertandingan keluarga
Musical chair
Musical chair
Pendaftaran pelajar
Bawa pundi kacang
Isi air dalam botol
Taklimat permainan
Aktiviti keluarga - belon air
Sedang berlatih menganyam ketupat
Menganyam ketupat
Kusyuknya menanyam ketupat
Boling padang
Piring terbang
Piring terbang
Masukkan benang dalam jarum
Memberi sokongan kepada anak-anak
Sedapnya makan...
Kusyuknya membaca
Sedang berehat sambil membaca buletin Ilham Sarjana