Mari berlakon

Pelajar berpakaian kostum untuk berlakon dan bercerita kisah haiwan.

Bercerita sambil menggunakan puppet tangan

Adik Iman dan Damia sedang bercerita kisah kambing biri-biri dan singa yang ganas.

Lawatan sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Tempat yang dikunjungi adalah Zoo Melaka dan Bandar Hilir Melaka. Tujuan lawatan ini adalah memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kehidupan flora dan fauna serta tempat bersejarah di Melaka.

Sukaneka Tadika Ilham Sarjana

Sukaneka telah diadakan pada 23 Jun 2012. Sebanyak 14 acara telah dilaksanakan seperti pertandingan mewarna, boling padang dan menganyam ketupat. Sukaneka ini bukan hanya untuk pelajar sahaja tetapi terbuka juga kepada ibu-bapa.

Perjumpaan ibu bapa dan guru

Perjumpaan ini bertujuan untuk membincang prestasi anak-anak pada semester 1 persekolahan.

Sambutan Hari Lahir

Kemeriahan sambutan hari lahir bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di Tadika Ilham Sarjana

Pertandingan Taekwondo

Tahniah kepada adik Atiqah berjaya mendapat pingat perak dan gangsa dalam acara Front Kick dan Turning Kick.

Aktiviti berkuda

Sedang menunggang kuda di Zoo Melaka

Tuesday 21 August 2012

Gotong Royong Memasang Bendera Malaysia

Pada 21 Ogos 2012, aktiviti gotong royong telah diadakan di Tadika Ilham Sarjana. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk membersihkan TIS, memasang bendera sempena bulan kemerdekaan serta memasang lampu lip lap ketupat sempena sambutan hari raya Aidilfitri. Saksikanlah sebahagian aktiviti yang sempat dirakamkan...

Memasang Bendera Malaysia

 
Bendera berkibar megah di TIS


Memasang lampu lip lap ketupat raya
Kotak lampu lip lap ketupat
 
 

Membersihkan kipas


Memasang penyidai poster
 
 

Kad Raya

Tuesday 14 August 2012

Salam Aidilfitri


Pihak pengurusan dan cikgu Tadika Ilham Sarjana ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & Maaf Zahir Batin kepada semua pelajar serta ibu-bapa. Diucapkan ribuan terima kasih di atas segala sokongan padu dan semoga bersama-sama kita menaikkan prestasi pendidikan anak-anak ke taraf yang lebih membanggakan.

Wednesday 1 August 2012

Info Tadika

Tadika Ilham Sarjana merupakan tadika yang sah dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). No Pendaftaran SSM adalah JM0610043-D. Pendaftaran syarikat untuk membuka Tadika di SSM memerlukan surat sokongan daripada Pejabat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Tanpa sokongan daripada Jabatan Pelajaran Negeri, tadika tidak boleh beroperasi dan nama tadika juga tidak dapat didaftarkan di SSM. No pendaftaran tadika di JPN pula ialah SRJ3564. Maklumat berkenaan dengan Tadika boleh dirujuk pada Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (sila lihat paparan di bawah).

Maklumat Tadika Ilham Sarjana di Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Selain itu, kesemua guru di TIS mempunyai permit mengajar keluaran JPN. Semua sijil pendaftaran dan permit mengajar telah di pamerkan di pejabat TIS. Ini bertujuan untuk memudahkan ibubapa membuat semakan dan rujukan berkaitan dengan tadika.


Saturday 28 July 2012

Hong Leong Bank Sand Art & Coloring Contest 2012

Hong Leong Bank Sand Art & Coloring Contest telah diadakan pada 28 Julai 2012. Pihak TIS ingin menyucapkan tahniah kepada adik Afiqah Nur Atiqah kerana berjaya mendapat tempat pertama di dalam acara Sand Art Contest. Hadiah yang dimenangi berupa piala dan basikal.

Penyampaian hadiah Sand Art Contest bersama basikal yang dimenangi
Bersama lukisan Sand Art
Sedang menyiapkan lukisan

Saturday 21 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Pihak TIS ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua para pelajar serta ibu bapa. Semoga bulan ini membawa barakah kepada kita semua.


Niat puasa oleh Upin dan Ipin

Ganjaran berpuasa Ramadhan

Saturday 30 June 2012

Pertandingan Mewarna McDonald's

Pertandingan mewarna McDonald's UTM Skudai Johor Bahru telah diadakan pada 30 Jun 2012. Tahniah diucapkan kepada adik Aqilah kerana berjaya menjadi johan manakala adik Atiqah berjaya mendapat hadiah saguhati.



Sedang menanti kertas lukisan

Friday 29 June 2012

Lawatan ke Bandar Hilir, Melaka

Sekiranya pergi ke Melaka, tidak sah kiranya tidak ke Bandar Hilir yang merupakan sebuah kawasan pelancongan di Melaka. Setelah melawat ke Zoo Melaka dan makan tengahari, rombongan Tadika terus ke Bandar Hilir. Kawasan ini terletak di dalam daerah Melaka Tengah bersebelahan dengan Banda Kaba dan Melaka Raya. Di antara tempat-tempat menarik ialah: A Famosa, Istana Kesultanan Melaka, Dataran Pahlawan, Bangunan Stadthuys, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dan Menara Taming Sari. Selain melawat tempat menarik, rombongan Tadika turut berkesempatan menaiki beca. Sebanyak lima buah beca telah disewa untuk membawa pelajar, ibu bapa dan cikgu.